Laporan METRO mengenai Lan Tabur Enterprise

Lan Tabur agresif pasar aiskrim Wafi

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my



LAN Tabur Enterprise, pengeluar produk aiskrim lembut jenama Wafi, yakin dapat menembusi pasaran makanan dan produk Muslim berikutan menggunakan bahan gelatin yang dijamin 100 peratus halal.

Pengarah Urusannya, Zulkifli Ahmad, berkata pihaknya mensasarkan menguasai 20 hingga 30 peratus pasaran aiskrim lembut terutama dalam membekal bahan untuk produk itu di seluruh negara.


Katanya, orang ramai juga boleh merasa sendiri kelainan aiskrim Wafi kerana menggunakan gelatin halal dan pihaknya juga memfokus kepada promosi bergerak untuk memperkenalkan produk terbabit kepada masyarakat.


“Kami percaya dengan menggunakan bahan 100 peratus halal. Orang ramai tidak akan berasa was-was untuk mencuba aiskrim Wafi, malah kami akan giat menjalankan promosi sepanjang tahun ini dengan memberi tumpuan di sekolah sekitar Lembah Klang.


“Kami turut mengambil tempahan bagi semua acara seperti majlis hari jadi, perkahwinan, jamuan, hari sukan, keramaian dan pelbagai lagi,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur.


Menurutnya lagi, pada tahun ini juga lebih banyak mesin akan dibekalkan mengikut permintaan kerana pihaknya menjangkakan untuk menembusi pasaran di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan juga Terengganu.


“Makanan ringan adalah fokus kami, jadi untuk memastikan orang ramai juga berpeluang menjana pendapatan, kami turut membekalkan mesin aiskrim lembut dan mereka boleh mendapat sehingga 50 peratus margin keuntungan.




Bagi sebarang pertanyaan boleh melayari musleem-mart.blogspot.com atau hubungi 019-5526305.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Lan-Tabur-agresif-pasar-aiskrim-Wafi/Article/

Categories:

2 Responses so far.

  1. Unknown says:

    Tahniah.... semoga pelaburan diberkati semua...

  2. dandan says:

    berminat...macammana nak join...tlng beri maklumat