Barang Halal vs Barang Muslim



Assalamualaikum...salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung ke Musleem Mart. Kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai pelanggan yang kami hormati.

Tahukah anda, 90% produk-produk bagi keperluan makanan adalah hasil buatan mereka yang bukan Muslim dan kebanyakan mereka adalah daripada kaum Cina. Walaupun di pasaran Malaysia sekarang, produk-produk yang dihasilkan mempunyai 'lesen' halal, namun perlu kita fahami bahawa sekiranya di sana adanya barangan yang sama yang dijual oleh orang Islam sendiri, adalah lebih 'afdhal' sekiranya kita sebagai ummat Islam membeli barangan Muslim.

Di Malaysia, kuasa membeli sebenarnya dikuasai oleh orang Islam sendiri iaitu sebanyak 60% berbanding lain-lainnya hanya sebanyak 40%. Seharusnya, orang-orang Islam sendiri berusaha untuk mnghasilkan dan menjual barangan Islam, seterusnya memenuhi tuntutan agama agar kandungan di dalam 'perut' kita nanti adalah daripada yang bukan sahaja Halal semata-mata bahkan yang Halal lagi baik (Halalan Thoyyiba).

MUSLEEM MART menjual barangan Muslim khususnya barang-barang keperluan makanan harian anda sekeluarga. Proses dan perusahaan bagi barangan yang akan diiklankan di dalam site ini adalah dijamin 'Halalan Thoyyiba'. Ayuhlah ummat Islam meninggikan syiar agama di setiap penjuru termasuklah dalam hal pemakanan. Ingat! Mencari yang Halal dan Baik adalah tanggungjawab kita semua sebagai Muslim. Salam muhibbah.

Categories:

2 Responses so far.

  1. Salam Ramadhan,
    Soalan/peluang:
    Jika ada sesiapa Melayu Muslim di yang Malaysia yang mampu dan ingin membuka kedai runcit halal di Jepun sila hubungi (tanoshi.resources@gmail.com)
    seorang sahabat Malaysia saya di Jepun yang memberitahu tiada lagi kedai runcit Melayu Muslim di Jepun khususnya Tokyo. Yang ada hanya India, Bangla, Myanmar, Indonesia dan Turki sahaja.
    Syukran..

  2. salam dimana sy nak dapatkan gambar-gambar barangan muslim..sy nak paste kat uia...